16 April 2014

Hari ni nak citer pasal holiday dgn parents kat melaka..actually dah lama dah gi tapi xde masa nak tulis..kali ni gi dgn Tok Ki & Nek Wan..sekali-sekala ajak diorang gi jenjalan..ni pun sikit punya susah nak wat diorang setuju untuk ikut..Tok Ki & Nek Wan memang x suka jalan jejauh..especially Tok ki..kadang-kadang stress gak time nak ajak diorang ni..huhu!

Tempat yang mama pilih kali ni adalah Bayou Lagoon Park Resort, Melaka..pilih tempat ni sebab ada waterpark untuk budak-budak main air..:) So far ok lah tempat ni..cuma kitorang gi time weekdays so mmg xde orang..ada la 2,3 family rasanya..tu pun jumpa time gi waterpark jer...

Kitorang amik apartment 2 bilik..rate dlm rm3++ untuk satu malam..bilik ok..sangat bersih dan kemas..cuma xde carpet la..

















Overall memang enjoy la duk kat sini walaupun stay cuma sehari..apa yang penting bila gi holiday kemana-mana ni ada tempat untuk anak-anak enjoy..mama macam biasa la..just duduk monitor diorang enjoy sambil ambil gambar..huhu! Lagipun time ni Zaraa kecik lagi..belum tau jalan..:)





09 April 2014

Hari ni sajer jer nak wat citer pasal permata hati mama..awal2 ada blog ni asyik citer pasal aleesya jer..sket2 gmbar aleesya..tp hari ni nak kenalkan dgn 2 org lg buah hati mama..aaron & zaraa

Zaraa Jasmine
Aaron Iskandar
Aaron lahir tahun 2010 dan zaraa lahir tahun 2012..sayang sangat kat diorg semua ni walaupun perangai tu kadang2 wat mama baran..hehe!


So,setakat ni jerlah..next time uodate lg citer2 pasal budak2 bucuk ni lg :)

10 February 2014

Tetiba datang mood nak mengupdate blog ni..haha! lama giler x jengah..kesian aku tengok..

29 August 2012

Tak sabar nak tunggu esok..sebab esok adalah hari terakhir sebelum cuti bersalin..sajer amik cuti awal seminggu..dah xde mood la nak kerja..perut aku pun makin membulat..dah susah sgt nak jalan rasanya..nak rest sambil menghitung hari..bila lah agaknya aku nak bersalin..tapi doa-doa selepas hari isnin la coz ada benda penting yg perlu aku setelkan isnin nanti..susah plak kalau dah bersalin..huhu!

Kali ni aku amik cuti bersalin 90 hari..dua kali bersalin sebelum ni dapat 60 hari jer...lagi pun time tu belum berkuatkuasa cuti bersalin 90 hari..so no choice la..memang kena amik 60 hari jer..start cuti 3/9 - 3/12..huhu! Hopefully semuanya selamat dan dipermudahkanlah seperti sebelum ni..:)

12 June 2012

Dah lamanya x update blog ni..dah berbulan..lately aku malas sgt nak menulis..banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang 2 bulan ni..tapi langsung xde mood nak diceritakan di sini..alahai mood..silala datang dengan segera..ni menaip pun kerna terpaksa sebab tengok blog ni dah semak bersawang..

K lah..sampai sini dulu yang larat aku taip..nanti kalau ada mood aku story banyak2 apa yang berlaku dalam kehidupan ni..huhu!

13 April 2012

Patutnya aku wat entry ni bulan januari yang lalu..tapi sebab time tu start morning sickness yang teruk..last-last tertangguh sampailah hari ni baru dapat wat..huhu!

Nak citer pasal hadiah hari jadi yang hubby bagi kat aku..actually besday aku jatuh pada bulan januari..memang x sangka sangat..terkejut pun ada..tapi kesian kat hubby sebab nak wat surprise tapi tak jadi..

                                  Sweet sangat jambangan bunga yang hubby kasi..:)

                                         Terharu bila baca ucapan kat kad tu..

Hubby plan aku akan dapat bunga ni kat ofis..dah suh kedai bunga tu send ke ofis..nanti leh la aku feeling2 bangga dapat jambangan bunga..hehe! Tapi kebetulan time tu aku tengah mc..so duk kat umah jer la..tetiba aku dapat call dari pak guard suh aku amik bunga ni kat pondok guard..dah aku x larat nak bangun..last2 hubby yang terpaksa amik bawak balik umah..cian dia plan x jadi..xpe..next year wat lagi ek..insya Allah menjadi..huhu!

Apa pun terima kasih sangat2 kat hubby sebab ingat tarikh besday aku..hehe!

12 April 2012

Sejak dah boleh makan ni..makin tambah plak selera aku dalam bab-bab makan..perut asyik lapar jer...huhu! pastu mulalah teringin nak makan macam-macam...hehe! yang terbaru aku teringin sangat nak minum iced blended...ngidam tak agak-agak..xmau iced blended btang Cool Blog yang kat Tangkak ni..nak iced blended Starbuck..ngeh2x!

So aku pun ajak hubby gi Mahkota Parade...kat sini itulah tempat terdekat yang ada Starbuck...kalu kat kl bersepah..kitorang gi petang pas Aleesya balik sekolah...minah tu memang enjoy jer kalau bab-bab berjalan..penat pun layan!

                                           Heaven betul dapat rasa benda ni...nyum2x!

                                      Trademark Aleesya kalau bergambar.."Gigi Cantik!"

Kalau gi Starbuck tak sah kalau x order slice kek dia sekali..untuk kali ni aku amik kek tiramisu..sedap sangat..sesedap harganya..kahkahkah! Tapi kali dapat rasa sket jer sebab dah ada tukang perabis..dulu minum berdua jer..kali ni dah bertiga..so lain kali gi kena tambah order..hehe! Apapun dah tertunai hajat nak iced blended Starbuck..:)

Pas lepak-lepak kat Starbuck kitorang gi tengok wayang..sebab bawa Aleesya so tengokla citer kartun 'Seefood"..tengok iklan kat tv macam best jer citer tu..tapi bila dah tengok amatlah membosankan..x pernah aku tido time tengok wayang selama ni..boleh plak tertido kali ni..ntah apa-apa jalan citer dia..x faham langsung sebab bosan..tapi yang aku puji gambar dia memang cantik..setanding dengan filem-filem kartun dari luar negara..tapi tulah..kalau jalan cerita bagus memang best lah..

Pas abis tengok wayang dalam kul 10 pm kitorang pun balik la ke tangkak..Aleesya dah tertido dalam kereta..sampai rumah dalam kul 11 terus tido..esoknya Aleesya liat nak bangun pagi gi sekolah sebab mengantuk lagi..huhu!

29 March 2012


Alhamdulilah...kesihatan aku makin bertambah baik sekarang..dah boleh makan, tidur dan paling penting dah leh gi kerja...syukur sangat2..thanks pada sesiapa yang mendoakan kesejahteraan aku..:) Sepanjang 2 bulan tak update blog ni macam-macam dugaan yang aku tempuh..dugaan morning sickness kali ni memang hebat..hampir 2 bulan aku mc..memang x larat sangat2 bangun..langsung x boleh makan..x boleh tidur malam..muntah x payah citer la..sakit kepala yang teramat sangat..tuhan jer yang tau apa yamg aku rasa..sampai satu tahap rasa give up nak teruskan pregnant ni..tapi nasib baik ada hubby & parents aku yang banyak beri semangat dan nasihat..

Tapi setiap dugaan yang tuhan beri pasti ada hikmahnya kan..bila aku naik kerja jer dapat berita yang menggembirakan..aku dan kawan-kawan yang yang lain dapat naik gred jawatan ke DG48..syukur alhamdulilah! :) Inilah yang dikatakan rezeki anak-anak..huhu! disamping itu juga tuhan kurniakan lagi rezeki tersirat bersama dengan kenaikan gred iaitu aku tetap mengajar di kolej yang sama..tak payah pindah ke mana-mana..syukur sangat2..tapi ada 2, 3 orang kawan aku yang kena tranfer ke kolej lain..x leh nak imagine kalau aku yang kena..dengan diri tengah pregnant macam ni..dengan hubby yang dah bukak kedai kat sini..macam mana nak pindah..syukur sangat masih diletakkan mengajar di sini..itulah yang aku katakan rezeki berganda :)

18 January 2012

Artikel aku dapat daripada email...sajer nak share kat sini untuk sape-sape yang berminat :)

 Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan
  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.





Sejarah telah berulang..itu yang boleh aku katakan..ikut kiraan aku baru pregnant 6 minggu tapi dah start morning sickness..Aaahhh!!!

Dah 3 hari aku cuti gara-gara x larat nak bangun..kepala sakit teramat sangat, berdenyut-denyut, rasa mual & loya..perut plak macam sebu penuh angin..ingatkan pregnant kali ketiga ni x kena morning sickness..rupa-rupanya sama jer dengan 1st & 2nd dulu..jelesnya dengan orang yang pregnant tapi x alami morning sickness..kepada sesiapa yang x alami morning sickness patut bersyukur..hanya orang yang mengalaminya sajer tau macam mana rasanya..

Tapi apa pun aku tetap tabah..ini semua ujian dan dugaan dari Allah...Dia takkan beri ujian lebih dari apa yang hamba-Nya boleh terima...apa pun yang Allah beri itulah yang terbaik..mesti ada hikmah disebalik semua ujian Allah..kena berfikiran positif demi untuk baby aku...mama pregnant xleh stress..kena kuatkan semangat..huhu! Walau macam mana teruk pun morning sickness yang aku dapat..insya-Allah akan kuhadapi dengan gembira...Hehe!

Untuk hubby,thanks banyak-banyak sebab sentiasa tenang dan sabar melayan kerenah mama yang menyakitkan hati ni..macam-macam perangai mama wat bila pregnant...huhu! Suka ke tak suka papa terpaksa terima kan..kata nak anak 'tahun naga'..hehe!

Untuk ofismate..mintak maaf banyak-banyak sebab susahkan korang...mesti ramai yang kutuk-kutuk aku..kata aku macam-macam..sama macam dulu..kata aku mengada-ngada la..manja la..lemah ka..macam-macam lagilah yang menyakitkan aku..bukan nak bagi semangat pun..tapi..ada aku kisah? lantak korang la..mulut masing-masing! At least aku tau sape kawan sape lawan! Allah tu maha adil..semakin ramai yang kutuk aku, semakin banyak rezeki dan kebahagiaan yang aku dapat..:)

Thanks pada sesiapa yang memahami masalah aku..doakan semoga semuanya selamat ye..:)