31 January 2011

Aaron Iskandar dah 6 bulan..so dah kena start solid food..alahai, diam x diam dah besar anak bujang aku..huhu! Start daripada sekarang dah kena buat bubur untuk Aaron la..


Ni rupa bubur nasi yang aku buat untuk Aaron..resepinya:

1. Segenggam beras
2. Sebijik kentang
3. Sepotong carrot
4. Sesudu oats
5. Sawi @ brokoli @ kurma @ kismis @ labu @ prun (optional)

Cara mesaknya..sama macam masak bubur biasa, tanak atas api sampai betul-betul lembut..pas dah masak biarka sejuk jap pastu baru la dikisar..Aaron kecik lagi, aku kasi bubur kisar halus dulu, nanti dah besar sket baru kasi bubur biasa..


Ni rupa bubur tadi yang telah di kisar..setakat Aaron berselera jer makan..dia leh habiskan 8 oz bubur sekali makan..huhu! kuat makan tul anak bujang aku..pada sape-sape yang ada resepi lain, leh la kongsi-kongsi ye..:)

28 January 2011

Pihak kolej telah menyarankan agar setiap staf mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 pokok di atas meja masing-masing..so unit aku telah sponsor sorang lecturer satu pokok..kitorang mesti jaga pokok ni dengan baik,mesti pastikan pokok tumbuh dengan subur..huhu! Ketua Unit kata kalau pokok sape-sape yang mati diorang akan dikenakan denda..hahaha!

Aku pun dapat satu pokok gak..x tau la apa nama pokok ni..tapi yang pastinya pokok aku tumbuh dengan subur dan menghijau..hahaha! jangan jeles....:P

Ni aku uploadkan pokok kesayangan aku..

                                                     See..betapa suburnya pokok aku..:)

Sape-sape yang tau nama pokok ni, leh la bagitau aku ye..Sebenarnya ramai antara staf dalam unit aku yang pokok diorang dah mati..jadi kering kontang...contohnya yang ni la..

                                           Kesian pokok ni..dah x leh diselamatkan lagi..hmmm!


Sebenarnya x susah mana pun nak jaga pokok ni..yang penting kena siram selalau la..make sure tanah pokok ni sentiasa lembab...tapi memandangkan kitorang ni ada cuti sem yang panjang, so xde sape nak tolong siramkan pokok..ha, kat sini aku ada cara yang mudah untuk mengatasi masalah tu..senang & jimat! Alat ni x mahal mana pun..


Ini la alat yang aku katakan tadi.."alat penyiram pokok automatik" ( baca dengan intonasi doraemon ye..) Mudah jer..tanam benda putih bentuk kon tu kat tanah..pastu isikan air dalam botol..nanti tanah pokok tu akan sentiasa lembab..kalau setakat tinggalkan seminggu memang xde masalah la..

So, sesiapa yang suka tanam pokok & suka travel, leh la dapatkan alat ni..alat ni leh didapati di Cosway ye..harganya cuma rm9.90 untuk dua set...:)

26 January 2011

Bersempena dengan tahun baru 2011 dan besday aku, kitorang sekeluarga telah gi bercuti di TLIWH..ala dekat jer, kat Port Dickson..hubby kata anak-anak masih kecik kang penat duk dalam keta kalau travel jauh-jauh..kitorang stay kat hotel tu 3H2M jer..17/1-19/1..time aku cuti semester la tu..kalau bukan cuti semester,takkan dapat cuti..'CUTI BUKAN HAK' ..wekk!

So far selama 3 hari kitorang kat sana ok la hotel ni..facilities yang lain lebih kurang sama macam hotel-hotel lain cuma yang syoknya kat setiap bilik ada swimming pool sendiri..huhu! Atas faktor ni jugak la aku pilih hotel ni..dah lama x mandi kolam..nak mandi kat swimming pool public segan..kehkehkeh!

Tapi yang aku x suka pasal hotel ni ialah kedudukan bilik dengan lobi hotel yang jauh..aku pilih bilik yang kat atas air, so lagi lah jauh..jenuh nak jalan gi lobi time nak breakfast..tapi8 pihak hotel ada sediakan buggy, kalau rasa malas nak jalan call jer suh buggy jemput..citer pasal breakfast plak..pada aku x best, x banyak choice sgt..biasa-biasa jer..mgkinj sbb aku datang time weekdays and x ramai guests sgt masa tu..

Ok lah..citer banyak pun x guna..lebih baik tengok gambar kan..so enjoy the picture..:)

                   macam biasa la..hubby aku bukan tau sangat jalan pun,so kenalah bawak GPS

                               dua bijik katil king size..memang puas hati amanda & aaron golek-golek

                                                   Amanda & Aaron try test katil..best ke tak..

                                                                                                 Amanda get ready untuk mandi..

                                                    Feeling-feeling pandai berenang sendiri

                                      Birthday kek aku yang papa beli..3 lilin untuk 30 tahun..hehe!

                                                           Amanda berselera makan kek

                                                              Posing dengan anak-anak

                                                 Mama plak posing dengan amanda & aaron

                                       Anak-anakku permata hatiku..Amanda & Aaron..emuahh!

                                           Tak puas mandi dalam bilik, nak mandi kat luar plak

                                                                            Cakk!!

                                                                            Hai semua...:)

                                                 Hubby ku yang tersayang...i love u so much!!

Dinner kitorang..

Buat apa tu Amanda?

Dessert -Kek coklat & aiskrim

Kesimpulannya..percutian kitorang kali ni memang best sangat-sangat..lagipun first time gi berempat..pada sesiapa yang nak bercuti..try la gi hotel ni..very recommended :)





17 January 2011

Alhamdulillah..bersyukur aku kepada-Nya kerana masih diberi peluang untuk meraikan ulang tahun lagi pada tahun ini..2011 genaplah 3 dekad aku hidup kat dunia ni..amin!

Perasaan bila dah upgrade ke 3 series? Ntah..macam biasa jer..umur cuma angka..xde makna sangat pun..cewah! :P seriously..aku masih mcm dulu..xde beza pun..cuma tahun ni banyak perkara yang nak aku capai. Kiranya mcm azam tahun baru lah..hehe!

Apa yang sangat-sangat aku banggakan sekarang ni ialah aku dah memiliki sebuah keluarga yang bahagia, seorang suami yang penyayang & penyabar serta 2 orang cahayamata yang sangat comel :P Nanti aku post citer pasal diorang ni..:)

Untuk tahun 2011 ni apa yang aku harapkan agar kesihatan, kebahagiaan & kekayaan menjadi milik aku..amin! Bersempena juga dengan pertambahan umur ni aku harap agar dapat menjadi manusia yang lebih baik..:)                                                                         

10 January 2011

Hari ni students start UPS (Ujian Pertengahan Semester) untuk sem 2 ni..aku plak kena jadi pengawas peperiksaan, perkara yang paling aku x suka..tapi terpaksa la jugak..'saya yang menurut perintah' :P
Kalau jaga exam time final ok la jugak sebab leh claim..tapi UPS ni xde claim2..nasib baik cuma 3 hari jer..huhu!

Harap-harap la students ni sumer leh jawab soalan UPS nanti terutamanya fizik..cuma chapter 1 - 4 jer yang masuk UPS, bukan susah pun..tapi biasalah students ni..x pernahnya nak think positive..asyik kata susah jer..40 kali kata fizik subjek yang susah maka akan susah la jadinya..

05 January 2011

Start hari ni ron97 naik lagi rm0.10 jadi rm2.40 seliter dan x mustahil pasni ron95 pun akan naik gak..kompem harga barang pun akan naik gak..ramaila rakyat malaysia yang naik minyak pasni..huhu!

Tapi minyak naik ke ,turun ke..ada aku kesah? Hahaha..aku isi minayk rm30 untuk 2 bulan..tu pun bukan aku yang isi..so x rasa sgt la. Tula untungnya duk dekat dengan tempat keja..nak jalan kaki pun boleh..tapi kalau jalan kaki kena beli minyak urut la plak..:P

Walaupun aku x rasa sgt bab minyak naik ni..tapi sikit sebanyak kena tempias gak bila harga barang2 pun naik..duit sekarang semakin kecik nilainya..hmmm. Kena banyakkan saving la pasni terutama untuk anak2 aku yang baru 2 orang tu..baru 2 orang? Ada niat nak tambah lagi tu..hahahaha!

03 January 2011

Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya..selamat tinggal 2010!

 Tahun baru..azam baru..hobi baru..hehe! Tahun 2011 tetiba terasa nak berblog plak..:P 

Tapi aku ni bukannya pandai nak wat ayat2 best ni..bab kira2 math ok la..tapi xpe,practise make perfect lagipun sape nak judge ayat BM aku kan..blog aku, suka hati aku la nak wat ayat macam mana pun..hehe!

Hari ni 3 Jan 2011..hari pertama bekerja untuk tahun baru 2011..perasaan? X tau nak cakap macam mana sebabnya macam xde perasaan...minggu ni sama macam minggu2 yang lain jugak, hari isnin jadual pack sebelah petang..

02 January 2011

testing 1,2,3..hehe!