28 February 2011

Minggu lepas aku balik umah aku kat Batu Pahat..hubby yang ajak balik sebab nak makan duriqn katanya..pokok durian kat kebun ayah aku tu tengah berbuah..tu lah satu-satunya pokok durian yang berbuah kat kampung tu..

Hubby aku ni memang 'hantu durian'..pantang dapat durian, bom jatuh pun sure x sedar..hmmm! time balik hari tu puas la makan durian..siap dengan Amanda sekali makan durian..x sangka plak Amanda suka makan durian..






Ntah apa la rasa durian ni ek..aku memang x suka durian, baunya pun dah x tahan..apa tah lagi nak makan..huhu! Ramai kata aku rugi sebab x makan durian, tapi aku x rasa rugi pun..hahahaha! Apapun, semua orang berbeza kan..:)

21 February 2011

Hujung minggu adalah masa untuk akau berehat-rehat dengan anak-anak kat umah..masa ni lah nak main-main dengan Aaron, bacakan story book untuk Amanda & kemas umah sket-sket. Hujung minggu gak la masa untuk masak-masak..

Masak lemak labu + kacang panjang (favourite Amanda)

Ikan jaket masak kicap

Sambal udang

Ikan goreng (untuk Amanda)

Aku dah lama sangat x masak sayur labu masak lemak, hari tu hubby aku beli labu kat pasar malam, aku masak la..Amanda makan sungguh berselera..siap tambah-tambah lagi..rasa puas bila masak pastu hubby & anak-anak makan dengan berselera sekali..:)


Hari sabtu yang lepas aku gi Bukit Gambir, gi kedai Mamapapa untuk beli susu dan pampers Amanda & Aaron..harga kat kedai tu agak murah la compare dengan kedai kat area Tangkak ni terutamanya harga pampers..lagipun Bukit gambir xdelah jauh sangat..

Bila dah jalan-jalan tu macam biasalah..mesti gi makan-makan..kat Bukit gambir ni ada Restoren Marrybrown & KFC..aku gi Marrybrown sbb KFC kat Tangkak pun ada...time gi makan kat Marrybrown sempat la snap beberapa keping gambar...jom tengok..hehe!







Masa aku gi hari tu pihak Marrybrown hadiahkan belon untuk kanak-kanak..so Amanda & Aaron dapat belon sorang satu..Amanda suka la, anak dara tu memang suka belon..huhu!

Snap punya snap..lupa nak snap gambar diri sendiri..so kali ni xde gambar aku..xpelah, yang penting gambar budak-budak tu ada..

Citer pasal foods kat Marrybrown ni, ok gak la..sedap! Tapi kat mana-mana fast food restaurant oun rasa ayam goreng tetap xleh lawan ayam goreng KFC. Tapi yang bestnya Marrybrown ni ada macam-macam set foods, x semestinya ayam goreng jer..chicken chop, burger, hotdog..nasi ayam, nasi lemak pun ada..huhu!

16 February 2011

Semalam cuti maulidur rasul..kitorang sekeluarga telah pergi ke Giant Muar untuk makan-makan..tempat makan yang kitorang pergi ialah Restoran Rasa Mas, satu company dengan KFC..gi Giant sebab nak amik spec hubby aku sambil tu makan-makan sekali la..huhu!

Sebab utama kitorang gi restoren ni ialah aku ada kupon 'buy 1 free 1'...maksudnya beli satu set hidangan dapat free satu lagi hidangan..so kalau makan 2 orang, bayar untuk sorang jer lah..kupon ni aku dapat time kat ofis ada bebudak promote..satu set kupon rm25 yang mengandungi 56 kupon..





Time makan semalam kitorang guna 2 kupon..ni set yang kitorang order..

 Ni set yang papa pilih - chicken chop
 aku terpaksa la amik set ni, yang ni free - primeroast rice
 add-on garlic bread & mushroom soup

Best gak la rasa makanan kat restoren ni..tapi kalau xde kupon tu aku x makan kat sini kot..haha! Set kids meal x sempat nak snap sebab Amanda dah sibuk nak makan..tengok la telatah anak dara aku tu..

 Nak makan pun pakai puting bohong..hmmm!

 Dah x sabar sgt nak makan

Mama & Amanda

snap gambar papa & Amanda

Anak bujang aku..cian dia x dapat makan apa-apa..sabar ye sayang..hihi!

So far semalam adalah hari yang menggembirakan untuk kitorang sekeluarga..bukan selalu gi jalan-jalan makan-makan ni..tunggu ada cuti jer lah..:)



15 February 2011

Hari ni cuti sempena sambutan Maulidur rasul..bila dah x keja nilah masanya untuk masak-masak..huhu! Kali ni aku masak pasta untuk breakfast...

 Ni la pasta aku :)

Sekali pandang memang macam kuew tiaw la pulak..haha! Itulah first impression hubby aku time bukak tudung saji..'mama goreng kuew tiaw ek pagi ni'..kata papa..hahahah!

Pasta ni sebenarnya resepi aku sendiri pun, ni pasta instant sebenarnya..hehe! just tambah air, low fat milk & butter jer..senangkan. Pastu tambah la apa-apa yang patut untuk wat nampak menarik..aku tambah ayam, fish ball, brokoli & sayur campur..

So, kalau korang nak cuba leh la try..x salah sekali-sekali tukar selera kan :) Ni rupa pasta instant tu..

Boleh didapati di mana-mana pasaraya dengan harga rm4.80 sepeket..ada bermacam-macam jenis pasta & perasa..:)


14 February 2011

Setelah 3 tahun pakai handphone lama aku tu..akhirnya merasa gak aku pakai handphone baru..Nokia N8..handphone ni hubby yang hadiahkan sempena birthday aku hari tu..thanks papa..emuahh2x :)

Nokia N8 - silver

Nokia N8 ni handphone yang fully touch screen..susah gak la aku nak guna handphone ni, dah biasa handphone ada keypad..tapi bak kata orang alah bisa tegal biasa..hehe! Ni serba sedikit pasal handphone ni..
  • Size: 113.5 x 59 x 12.9 mm
  • Weight (with battery): 135 g
  • Volume: 86 cc
  •   Screen size: 3.5"
  • Resolution: 16:9 nHD (640 x 360 pixels) AMOLED
  • 16.7 million colours
  • Capacitive touch screen
  • Orientation sensor (Accelerometer)
  • Compass (Magnetometer)
  • Proximity sensor
  • Ambient light detector
  • GPRS/EDGE class B, multislot class 33
  • HSDPA Cat9, maximum speed up to 10.2 Mbps, HSUPA Cat5 2.0 Mbps
  • WLAN IEEE802.11 b/g/n
  • TCP/IP support
  • Capability to serve as data modem
  • Support for MS Outlook synchronisation of contacts, calendar and notes
  • Internal memory: 16 GB
  • MicroSD memory card slot, hot swappable, up to 32 GB
  • Bluetooth 3.0
  • HDMI
  • 2mm Charging connector
  • Micro USB connector and charging
  • High-Speed USB 2.0 (micro USB connector)
  • USB On-the-Go
  • 3.5 mm AV connector
  • FM Radio
  • FM Transmitter
Secara jujurnya..aku suka handphone ni sebab ni handphone baru & hubby aku yang bagi..barang free, sape yang x suka..ye tak? haha...
Aku tergolong dalam orang yang rabun, pakai spec sejak form one lagi..biasala student rajin baca buku kan..hahaha! Tapi lama-lama pakai spec jadi x best plak, so aku beralih ke contacts lenses bila masuk UKM..masa tu tahun 2000.

Kalau di kira dah 10 tahun aku pakai contacts lenses, pakai spec kat umah jer time x gi mana-mana..tapi sejak akhir-akhir ni mata aku macam dah x leh terima lagi la contacts lenses..bila pakai jer lenses tu start gerak-gerak kalau aku kedipkan mata..tension tul!  Mula-mula ingat lenses tu yang x bagus, tapi bila dah tukar macam-macam brand tu tetap sama..rupa-rupanya mata aku yang problem, berlakunya pengumpulan protein kat mata aku dan menyebabkan 'curve eye ball' aku dah berubah..sebab tu lenses tu asyik gerak-gerak jer..hmmmm!

So, malas nak fikir banyak aku terpaksa pakai spec balik la...seminggu sebelum tahun baru cina hari tu aku gi kedai spec kat Giant Muar..beli spec baru..ni lah spec baru aku...





Kalau tengok spec tu memang xde apa pun, sama macam spec yang biasa tapi kat sini aku nak citer pasal dia punya lenses..untuk spec laki ni aku pakai TRANSITIONS LENSES..orginal punya, siap ada original card lagi :) Oklah, transsitions lenses sebenarnya nama brand..secara general ia dipanggil Photochromatic Lenses..pada sesape yang x tau pasal photochromatic lenses ni, meh aku citer sket..

Photochromatic lenses ni start dijumpai pada tahun 1960-an lagi tapi hanya pada 1990-an jer start dipopularkan oleh company Transitions..Transitions ni nama brand jer, banyak lagi brand-brand lain yang ada photochromatics lenses, tapi sebab company transitions yang firsts popularkan sampai sekarang orang akan sebut transitions lenses bila merujuk pada photochromatic lenses..

Apa yang membezakan photochromatics lenses dengan lenses biasa? Meh sini tengok..



Ok, nampak tak..hehe! Bila terdedah pada cahaya matahari, lenses ni akan berubah menjadi gelap..macam mana leh berubah jadi gelap..aku story sket..

Dipermukaan lenses ni terdapat berjuta-juta molekul 'silver chloride @ siver halide' yang sensitif terhadap UV rays, bukan cahaya matahari tau, tapi sebab cahaya matahari mengandungi UV rays, sebab tu lenses ni berubah gelap..bila molekul-molekul tadi terdedah pada UV rays, satu tindakbalas kimia berlaku di mana mokelul-molekul tadi akan megubah strukturnya menjadi molekul yang baru..molekul-molekul yang baru tadi akan menyerap cahaya (visible light) dan menyebabkan lenses menjadi gelap. UV rays, molekul tadi akan kembali ke struktur asal dan lenses menjadi clear balik..Tahap kegelapan lenses bergantung pada intensity UV rays, makin banyak UV rays, makin gelap la lenses tadi..

Kebaikan daripada lenses ni adalah dapat menghalang UV rays daripada merosakkan mata & untuk orang rabun macam aku x yah bawak sunglasses ke mana-mana :) Tapi lenses ni x jadi gelap kalau duk dalam keta yang ada tinted sebab tinted keta tu dah halang UV rays..

Pada sesape yang nak try lenses ni, leh la tanya kat mana-mana kedai spec..harga? boleh tahan la..harga spec + rm500 kalau xde promotion, kalau ada promotion..harga spec + rm350

11 February 2011

Hmmm..dah lama rasanya x update blog ni..baru start berblog tapi dah lama x uodate blog ni..huhu! Bukan apa, sekarang ni tengah busy sangat2, time cuti CNY hari tu Aaron demam teruk, pas Aaron baik Amanda pulak sakit..bila anak-anak sakit mamanya la susah hati..nak makan pun x lalu.

Setakat ni jer lah post untuk kali ni..tata!