18 January 2012

Artikel aku dapat daripada email...sajer nak share kat sini untuk sape-sape yang berminat :)

 Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan
  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.





Sejarah telah berulang..itu yang boleh aku katakan..ikut kiraan aku baru pregnant 6 minggu tapi dah start morning sickness..Aaahhh!!!

Dah 3 hari aku cuti gara-gara x larat nak bangun..kepala sakit teramat sangat, berdenyut-denyut, rasa mual & loya..perut plak macam sebu penuh angin..ingatkan pregnant kali ketiga ni x kena morning sickness..rupa-rupanya sama jer dengan 1st & 2nd dulu..jelesnya dengan orang yang pregnant tapi x alami morning sickness..kepada sesiapa yang x alami morning sickness patut bersyukur..hanya orang yang mengalaminya sajer tau macam mana rasanya..

Tapi apa pun aku tetap tabah..ini semua ujian dan dugaan dari Allah...Dia takkan beri ujian lebih dari apa yang hamba-Nya boleh terima...apa pun yang Allah beri itulah yang terbaik..mesti ada hikmah disebalik semua ujian Allah..kena berfikiran positif demi untuk baby aku...mama pregnant xleh stress..kena kuatkan semangat..huhu! Walau macam mana teruk pun morning sickness yang aku dapat..insya-Allah akan kuhadapi dengan gembira...Hehe!

Untuk hubby,thanks banyak-banyak sebab sentiasa tenang dan sabar melayan kerenah mama yang menyakitkan hati ni..macam-macam perangai mama wat bila pregnant...huhu! Suka ke tak suka papa terpaksa terima kan..kata nak anak 'tahun naga'..hehe!

Untuk ofismate..mintak maaf banyak-banyak sebab susahkan korang...mesti ramai yang kutuk-kutuk aku..kata aku macam-macam..sama macam dulu..kata aku mengada-ngada la..manja la..lemah ka..macam-macam lagilah yang menyakitkan aku..bukan nak bagi semangat pun..tapi..ada aku kisah? lantak korang la..mulut masing-masing! At least aku tau sape kawan sape lawan! Allah tu maha adil..semakin ramai yang kutuk aku, semakin banyak rezeki dan kebahagiaan yang aku dapat..:)

Thanks pada sesiapa yang memahami masalah aku..doakan semoga semuanya selamat ye..:)

13 January 2012

Nyum-nyum..telan air liur bila dengar perkataan spageti ni..ntah nape aku sangat-sangat teringin makan spageti ni sejak minggu lepas..so 3 hari lepas aku ajak hubby gi Pizza hut time lunch hour untuk makan spageti ni..

                                          Sedap hingga menjilat sudu..huhu!

                                        Spageti + cappucino frappe = HEAVEN!!

Dah dapat spageti sepinggan pun rasa x puas lagi..dah rezeki agaknya semalam ofismate aku, Hajar bawak spageti ke ofis..memang heaven la dapat rasa spageti lagi..huhu!

Pastu bila balik umah aku try wat sendiri plak..bila buat sendiri lagi puas makan..leh makan sepuas-puasnya! hahaha..

                                      Ni spageti wat sendiri..huhu!

Ntah nape asal pregnant jer mesti nak makan menu western..menu tradisional ni langsung x teringin terutamanya asam pedas..loya tul tekak..huhu!

10 January 2012

Hahaha..hari tu wat entry pasal tahun 2012 yang x berapa nak best..kali ni nak story sket pasal berita gembira untuk tahun 2012..:)

Kelmarin aku jenjalan gi Watson beli syampu n pencuci muka..ternampak la pregnancy test..sajer beli sebab period aku dah lewat 4 hari..huhu! Then semalam bangun pagi aku check pregnant..mula-mula timbul satu line jer..xde rasa apa2 pun, aku pun terus cuci muka, gosok gigi..rutin biasa bila bangun pagi..tengok balik pregnancy test tu sebelum aku buang..tetiba..timbul pulak satu lagi lain yang samar-samar..aku tengok sampai nak terjojol bijik mata ingatkan mata aku yang problem..kejutkan hubby n dia kata kompem ada 2 lines..huhu!

                         Line ke-2 yang agak kabur..:)

Aku tetap x puas hati, so semalam petang gi Guardian plak beli pregnancy test brand lain...pagi tadi check lagi..inilah hasilnya..

                       Tetap ada dua lines tapi still kabur..huhu!

Tak tau nak describe perasaan aku..bercampur-campur..aku x plan langsung nak pregnant, so agak terperanjat gak la bila dapat tau aku pregnant..huhu! Tapi apa pun syukur alhamdulillah..tuhan kasi lagi rezeki untuk dapat anak ke tiga..tiga? x cayanya aku akan ada tiga orang anak...:)

Dalam terkejut dapat berita aku pregnant..time di Guardian sempat grab benda-benda ni semua...huhu!

Kapsul Obimin ni memang wajib ada kalau aku pregnant..satu tablet cukup untuk bekalkan vitamin-vitamin yang diperlukan semasa pregnant..satu hari sebiji cukup..jangan sampai overdose nanti akan rasa loya,mual n pening kepala..lagi satu jangan makan time perut kosong..nanti kompem muntah.

Time lunch tadi singgah kedai jap..beli susu untuk pregnant mom..niat nak beli Enfamama A+, tapi xde..yang ada cuma Dumil Mama ni jer..amik jerlah daripada x minum susu langsung..dah abis ni baru cari Enfamama A+.

Doa aku untuk yang ke tiga ni biarlah semuanya sihat sama macam time pertama & kedua dulu..amin!

06 January 2012

Untuk entry kali ni aku nak citer pasal Amanda..dah lama x citer pasal anak dara aku ni..sekarang dia dah stay dengan aku sebab dia dah start sekolah..tapi sekolah tadika jer lah..aku daftarkan dia ke Q-Dees, Tangkak..umur dia masuk 3 tahun untuk tahun ni..

Sekolah tadika ni amik students dari umur 3-6 tahun..ada 2 sessi, half-day dengan full-day..kalau half-day dari pukul 8.30 am - 12.30 pm..yuran bulanan rm220..untuk full-day dari jam 8.30 am - 5.00 pm..yuran rm420..aku amik untuk full-day terus sebab xde saper nak jaga Amanda sebelah petang..

Amanda start ke sekolah daripada bulan 12 hari tu..12/12/2011..mula-mula cuak gak aku nak hantar dia ke sekolah tu, yelah..diakan masih kecil lagi..sekarang baru 2 tahun 6 bulan..bulan 6 nanti baru genap 3 tahun..dulu masa masuk ke nursery dia kan asyik melalak jer..tapi sekarang aku rasa lega sangat..alhamdulilah! Amanda boleh sesuaikan diri dan bersemangat untuk ke sekolah..

Hari sabtu lepas aku pergi Parents Orientations..amik uniform dan beg sekolah serta ada sedikit penerangan berkenaan dengan peraturan sekolah kepada parents yang baru tahun ni hantar anak ke Q-Dees..semua teacher bercerita pasal Amanda..diorang kata Amanda happy-go-lucky..peramah dengan semua orang..sangat suka menari dan yang paling penting dia langsung x menangis..seolah-olah dia dah jadi senior kat sekolah tu..hehe! Lega sangat-sangat hati ni dengar teacher cakap macam tu..:)

Minggu ni ada Students Orientations..so Amanda gi school 2 hari jer..selasa & rabu..khamis & jumaat  untu students 4 & 6 tahun..tapi pagi tadi dia melalak nak gi school..huhu! Dah terbalik la plak anak aku ni..budak lain melalak x nak gi school..tapi dia melalak nak gi school plak..huhu! lawak tul..:)

 Jom layan gambar Amanda yang dah x sabar nak gi school..1st day pakai uniform..:)










Eh..lupa nak bagitau..En Picasso tu kelas Amanda..kelas untuk students 3 years..huhu!

05 January 2012

Lamanya x meng'update blog usang ni..makin berhabuk..huhu! Pejam celik pajam celik tahun 2011 dah 5 hari berlalu..terasa cepat sangat masa berjalan..hari ni 5 Januari 2012 baru berkesempatan nak jengah blog ni..banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang 2011 yang x sempat diceritakan di sini..nak cerita sekarang pun dah x best sebab benda dah lama dah, dah basi..dah x excited nak citer..hehe!

Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah apa yang aku rasa semasa ketibaan 2012..tahun 2012 aku sambut dengan perasaan yang hambar..x seperti tahun-tahun sebelum ni yang agak excited gak la..banyak hal yang membuatkan hati aku rasa x best terutamanya berkenaan dangan kerja la..bukan aku x suka kerja aku, xde kena mengena dengan students aku..malah rasa terhibur dengan telatah diorang, umur dah akhir remaja tapi perangai macam budak-budak..:)

Apa yang x best pasal kerja adalah environmentnya...amat2 menyesakkan nafas bila duk kat ofis ni lama-lama..dengan ketua yang agak biased, officemate yang lebih banyak lawan daripada kawan, kawan yang aku anggap kawan baik menikam daripada belakang, semua-semua ni buat environtment ofis x sesegar dulu..rindu suasana ofis yang dulu, segar dan happening!

Tapi apa pun, suka ke x suka aku kena hadapi gak la..dah kat sini tempat kerja aku..tempat aku cari rezeki untuk anak-anak aku..terpaksala memaksa diri untuk kuatkan semangat hadapi semua tu..(pada saper-saper yang bace ni tolongla bagi semangat kat aku ye..)