29 March 2012


Alhamdulilah...kesihatan aku makin bertambah baik sekarang..dah boleh makan, tidur dan paling penting dah leh gi kerja...syukur sangat2..thanks pada sesiapa yang mendoakan kesejahteraan aku..:) Sepanjang 2 bulan tak update blog ni macam-macam dugaan yang aku tempuh..dugaan morning sickness kali ni memang hebat..hampir 2 bulan aku mc..memang x larat sangat2 bangun..langsung x boleh makan..x boleh tidur malam..muntah x payah citer la..sakit kepala yang teramat sangat..tuhan jer yang tau apa yamg aku rasa..sampai satu tahap rasa give up nak teruskan pregnant ni..tapi nasib baik ada hubby & parents aku yang banyak beri semangat dan nasihat..

Tapi setiap dugaan yang tuhan beri pasti ada hikmahnya kan..bila aku naik kerja jer dapat berita yang menggembirakan..aku dan kawan-kawan yang yang lain dapat naik gred jawatan ke DG48..syukur alhamdulilah! :) Inilah yang dikatakan rezeki anak-anak..huhu! disamping itu juga tuhan kurniakan lagi rezeki tersirat bersama dengan kenaikan gred iaitu aku tetap mengajar di kolej yang sama..tak payah pindah ke mana-mana..syukur sangat2..tapi ada 2, 3 orang kawan aku yang kena tranfer ke kolej lain..x leh nak imagine kalau aku yang kena..dengan diri tengah pregnant macam ni..dengan hubby yang dah bukak kedai kat sini..macam mana nak pindah..syukur sangat masih diletakkan mengajar di sini..itulah yang aku katakan rezeki berganda :)