13 January 2012

Nyum-nyum..telan air liur bila dengar perkataan spageti ni..ntah nape aku sangat-sangat teringin makan spageti ni sejak minggu lepas..so 3 hari lepas aku ajak hubby gi Pizza hut time lunch hour untuk makan spageti ni..

                                          Sedap hingga menjilat sudu..huhu!

                                        Spageti + cappucino frappe = HEAVEN!!

Dah dapat spageti sepinggan pun rasa x puas lagi..dah rezeki agaknya semalam ofismate aku, Hajar bawak spageti ke ofis..memang heaven la dapat rasa spageti lagi..huhu!

Pastu bila balik umah aku try wat sendiri plak..bila buat sendiri lagi puas makan..leh makan sepuas-puasnya! hahaha..

                                      Ni spageti wat sendiri..huhu!

Ntah nape asal pregnant jer mesti nak makan menu western..menu tradisional ni langsung x teringin terutamanya asam pedas..loya tul tekak..huhu!

10 January 2012

Hahaha..hari tu wat entry pasal tahun 2012 yang x berapa nak best..kali ni nak story sket pasal berita gembira untuk tahun 2012..:)

Kelmarin aku jenjalan gi Watson beli syampu n pencuci muka..ternampak la pregnancy test..sajer beli sebab period aku dah lewat 4 hari..huhu! Then semalam bangun pagi aku check pregnant..mula-mula timbul satu line jer..xde rasa apa2 pun, aku pun terus cuci muka, gosok gigi..rutin biasa bila bangun pagi..tengok balik pregnancy test tu sebelum aku buang..tetiba..timbul pulak satu lagi lain yang samar-samar..aku tengok sampai nak terjojol bijik mata ingatkan mata aku yang problem..kejutkan hubby n dia kata kompem ada 2 lines..huhu!

                         Line ke-2 yang agak kabur..:)

Aku tetap x puas hati, so semalam petang gi Guardian plak beli pregnancy test brand lain...pagi tadi check lagi..inilah hasilnya..

                       Tetap ada dua lines tapi still kabur..huhu!

Tak tau nak describe perasaan aku..bercampur-campur..aku x plan langsung nak pregnant, so agak terperanjat gak la bila dapat tau aku pregnant..huhu! Tapi apa pun syukur alhamdulillah..tuhan kasi lagi rezeki untuk dapat anak ke tiga..tiga? x cayanya aku akan ada tiga orang anak...:)

Dalam terkejut dapat berita aku pregnant..time di Guardian sempat grab benda-benda ni semua...huhu!

Kapsul Obimin ni memang wajib ada kalau aku pregnant..satu tablet cukup untuk bekalkan vitamin-vitamin yang diperlukan semasa pregnant..satu hari sebiji cukup..jangan sampai overdose nanti akan rasa loya,mual n pening kepala..lagi satu jangan makan time perut kosong..nanti kompem muntah.

Time lunch tadi singgah kedai jap..beli susu untuk pregnant mom..niat nak beli Enfamama A+, tapi xde..yang ada cuma Dumil Mama ni jer..amik jerlah daripada x minum susu langsung..dah abis ni baru cari Enfamama A+.

Doa aku untuk yang ke tiga ni biarlah semuanya sihat sama macam time pertama & kedua dulu..amin!

06 January 2012

Untuk entry kali ni aku nak citer pasal Amanda..dah lama x citer pasal anak dara aku ni..sekarang dia dah stay dengan aku sebab dia dah start sekolah..tapi sekolah tadika jer lah..aku daftarkan dia ke Q-Dees, Tangkak..umur dia masuk 3 tahun untuk tahun ni..

Sekolah tadika ni amik students dari umur 3-6 tahun..ada 2 sessi, half-day dengan full-day..kalau half-day dari pukul 8.30 am - 12.30 pm..yuran bulanan rm220..untuk full-day dari jam 8.30 am - 5.00 pm..yuran rm420..aku amik untuk full-day terus sebab xde saper nak jaga Amanda sebelah petang..

Amanda start ke sekolah daripada bulan 12 hari tu..12/12/2011..mula-mula cuak gak aku nak hantar dia ke sekolah tu, yelah..diakan masih kecil lagi..sekarang baru 2 tahun 6 bulan..bulan 6 nanti baru genap 3 tahun..dulu masa masuk ke nursery dia kan asyik melalak jer..tapi sekarang aku rasa lega sangat..alhamdulilah! Amanda boleh sesuaikan diri dan bersemangat untuk ke sekolah..

Hari sabtu lepas aku pergi Parents Orientations..amik uniform dan beg sekolah serta ada sedikit penerangan berkenaan dengan peraturan sekolah kepada parents yang baru tahun ni hantar anak ke Q-Dees..semua teacher bercerita pasal Amanda..diorang kata Amanda happy-go-lucky..peramah dengan semua orang..sangat suka menari dan yang paling penting dia langsung x menangis..seolah-olah dia dah jadi senior kat sekolah tu..hehe! Lega sangat-sangat hati ni dengar teacher cakap macam tu..:)

Minggu ni ada Students Orientations..so Amanda gi school 2 hari jer..selasa & rabu..khamis & jumaat  untu students 4 & 6 tahun..tapi pagi tadi dia melalak nak gi school..huhu! Dah terbalik la plak anak aku ni..budak lain melalak x nak gi school..tapi dia melalak nak gi school plak..huhu! lawak tul..:)

 Jom layan gambar Amanda yang dah x sabar nak gi school..1st day pakai uniform..:)










Eh..lupa nak bagitau..En Picasso tu kelas Amanda..kelas untuk students 3 years..huhu!

05 January 2012

Lamanya x meng'update blog usang ni..makin berhabuk..huhu! Pejam celik pajam celik tahun 2011 dah 5 hari berlalu..terasa cepat sangat masa berjalan..hari ni 5 Januari 2012 baru berkesempatan nak jengah blog ni..banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang 2011 yang x sempat diceritakan di sini..nak cerita sekarang pun dah x best sebab benda dah lama dah, dah basi..dah x excited nak citer..hehe!

Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah apa yang aku rasa semasa ketibaan 2012..tahun 2012 aku sambut dengan perasaan yang hambar..x seperti tahun-tahun sebelum ni yang agak excited gak la..banyak hal yang membuatkan hati aku rasa x best terutamanya berkenaan dangan kerja la..bukan aku x suka kerja aku, xde kena mengena dengan students aku..malah rasa terhibur dengan telatah diorang, umur dah akhir remaja tapi perangai macam budak-budak..:)

Apa yang x best pasal kerja adalah environmentnya...amat2 menyesakkan nafas bila duk kat ofis ni lama-lama..dengan ketua yang agak biased, officemate yang lebih banyak lawan daripada kawan, kawan yang aku anggap kawan baik menikam daripada belakang, semua-semua ni buat environtment ofis x sesegar dulu..rindu suasana ofis yang dulu, segar dan happening!

Tapi apa pun, suka ke x suka aku kena hadapi gak la..dah kat sini tempat kerja aku..tempat aku cari rezeki untuk anak-anak aku..terpaksala memaksa diri untuk kuatkan semangat hadapi semua tu..(pada saper-saper yang bace ni tolongla bagi semangat kat aku ye..)

14 October 2011

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

satukan kedua tangan anda ...dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

p/s: just untuk mai-main jer yer..:)
Dah lama sangat x wat entry pasal makanan..kali ni aku nak citer sket pasal menu minum petang yang aku wat last week..

Menu pertama : Garlic Bread + mushroom soup

                               Roti Perancis beli kat Carrefour

            Dah lama cari garlic spread ni..baru sekarang jumpa..hee!

                         Ready untuk di bakar

Menu kedua : Roti Bakar Telur Mata (sesuka hati aku jer..)

            Roti Gardenia ditebuk kat tengah..(tebuk guna gelas)

Sapu dengan mentega + garlic spread..pastu pecahkan telur atas roti tadi...ready untuk di bakar

                      Hehe..terlebih hangus la pulak..

                      Dah siap..jom makan!





12 October 2011

Dulu..GURU adalah GURU
Sekarang..GURU adalah guru, kerani, tukang kebun, kontraktor,
ketua persatuan, jurulatih, pengerusi dan sebagainya..
Tapi, tak mengapa..
Sebab,  GURU memang serba boleh!
Dulu..ibubapa hantar anak ke sekolah dan berpesan kepada GURU...
."Cikgu buatla apa saja,  yang penting anak saya LULUS CEMERLANG dan menjadi insan yang berakhlak dan berilmu pengetahuan"
Sekarang..ibubapa hantar anak ke sekolah dan berpesan kepada ANAK..
"Kalau cikgu marah atau denda awak..jangan risau, nanti kita naik mahkamah!".
Tapi..tak mengapa...
Sebab..GURU memang luar biasa!.

                                                                      :)

30 September 2011

Entry kali ni nak citer pasal shopping baju baru..tempatnya? Biasalah..tempat favorite aku beli baju..mana lagi kalau bukan Butik Peace..boleh katakan 80% baju kurung ready made aku beli kat Butik Peace..cantik, menarik & selesa dipakai...ditambah dengan salesgirl yang sweet & peramah..hehe!

Ni antara baju-baju terbaru yang aku beli..ada yang lain, tapi dah lama xyah la tunjuk..

                                        Ni beli kat Butik Peace Tangkak

                                       Ni pulak kat Butik Peace Giant Muar

Selama ni beli baju kurung jer..tapi hari tu tetiba terbekenan plak dengan kebaya kat Butik Peace ni..so grab la satu..hehe!

                                                        Kebaya pendek

Baju kebaya ni x pernah pakai lagi sebab baru jer beli..rm79..aku beli dengan kain pario sekali..rm39..cantik..dan paling best memang 'ngam' dengan size aku..size 38..hehe!

29 September 2011

Nak wish Selamat Hari Raya...lum terlambat lagi rasanya kan...rayakam sebulan..huhu! Lama sangat-sangat dah x updated blog ni...banyak benda nak citer tapi asyik x sempat jer..agak busy sejak akhir-akhir ni..hari ni baru berkesempatan menjengah ke sini...

Post kali ni nak citer pasal Raya 2011...tahun ni giliran aku beraya kat umah hubby..kat JB..sehari sebelum raya kitorang gerak ke JB..sampai sana pun dah petang...dah dekat waktu berbuka...hati rasa lain jer..yelah, sah 2 tahun beraya kat umah parents sendiri..tetiba kena beraya kat umah orang..sedikit sebanyak mestilah rasa lain..menangis sepanjang perjalanan ke JB..tapi nangis dalam hati jer..poyo tul aku ni!

Raya 2011 ni adalah kenangan yang paling aku xleh lupa..kenangan malam raya..selama ni waktu malam raya adalah waktu yang paling best..time tu lah macam-macam benda nak dibuat..tugas hakiki aku adalah susun kuih-kuih raya dalam bekas..rasa x sah raya kalau x susun kuih..hehe! Time tu jugaklah meja penuh dengan makanan..mak aku memang suka masak, dah jadi hobi dia sebenarnya..malam raya mesti rebus ketupat & lepat..best sesangat tolong mak masak-masak sambil makan-makan..sambil tu dengar orang kat masjid baca takbir & budak-budak main mercun..memang meriah la time malam raya.

Tapi raya tahun ni x berpeluang rasa semua tu..sedih sangat-sangat bila malam raya sunyi sepi..langsung xde apa-apa aktiviti masak-masak..apatah lagi makan-makan..semua tido awal..sudahnya aku tido dalam kesedihan dan kelaparan..dah la waktu berbuka makan sedikit...huwaaaa! Dah la..xmo komen lebih-lebih....hati sedih bila teringat!

Hari raya pertama nak gi umah nenek hubby kat singapore...mula-mula rasa excited la..aaron pun bangun awal..mandikan dia awal..kul 7.00 am dia dah mandi..ingatkan pas hubby balik sembahyang raya terus siap-siap nak gi..yelah, singapore memang x jauh..dalam 38 minit dah leh sampai kalau ikut GPS..tapi kan akan 'jam'..so aku plan mestilah kena kuar awal..rupa-rupanya tengahari baru gerak..tension tul aku..lagi tension sebab kena terpaksa 'menunggu' macam 2 tahun lepas..benci! Gerak tengahari kul 12.00 pm, jalan 'jam'..sudahnya sampai singapore kul 3.30 pm..bayangkan tersangkut 3 jam lebih dalam 'jam'..kesian Amanda & Aaron..

Ni jer la gambar yang aku amik time raya..bibir tersenyum tapi hati menangis!

        Susah tul nak suh budak-budak ni bergambar..x retinya nak diam!

                          Dengan mak & ayah mentua

                       Ni time kat singapore..umah nenek hubby

                                   Aaron tertido kepenatan

23 August 2011

Hari ni 23 Ogos bersamaan dengan 23 Ramadhan...Alhamdulillah, dah 23 hari kita berpuasa...insyaAllah tinggal 7 hari lagi kita akan menyambut Hari raya...pejam celik dah 4 hari aku cuti..tahun ni aku dapat cuti lama..start 20/8 - 4/9..cuti raya + cuti semester :)

Last week hubby ajak balik JB..teringin nak buka puasa denagn family dia katanya..aku follow jer lah..balik dari Sabtu sampai Isnin..before balik Tangkak singgah BP dulu..pastu handphone aku tertinggal la pulak..tension tul..dah x leh nak updated citer kat JB..gambar-gambar sume kat handphone..balik BP nanti xleh nak online sebab coverage broadband celcom xde..kampung aku yang terceruk or memang celcom yang hampeh? Huhu..!

Ok lah..kat sini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua..kalau ada ayat-ayat aku yang menyakitkan hati..mintak maaf banyak-banyak..kira 0-0 ye..hee!

 :)