06 March 2011

Festival Tekstil Tangkak 2011

Bermula dari 3 - 6 Mac 2011, telah berlangsungnya Festival Tekstik Tangkak 2011 bertempat di bandar Tangkak.Tujuan festival ini diadakan adalah untuk menjadikan Tangkak sebagai bandar pelancongan tekstil di Malaysia. Wah..glamour la tangkak pasni..huhu! Festival ini adalah kerjasama antara Kementerian Pelancongan malaysia, Kerajaan Negeri Johor & Majlis Daerah Tangkak.

Perasmian Festival Tekstil Tangkak 2011 ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Pelancongan Malaysia. Sempena dengan festival ini, sepanjang Jalan Payamas telah ditutup bermula dari trafic light pejabat pos sehingga ke trafic light balai polis...altenatif laluan adalah jalan melalui Dataran Tangkak ataupun Jalan Manja.

Antara acara yang berlangsung sepanjang festival adalah persembahan artis popular, kuiz pelancongan, persembahan kebudayaan, kompang kreatif, pertandingan mewarna kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Semua acara bermula dari jam 7.00 pagi hingga tengah malam.

Jumaat malam sabtu aku berkesempatan pergi ke festival tersebut..banyak 'booth-booth' jualan dibuka..kebanyakkannya menjual tudung..selain itu ada juga pakaian ready made, permainan kanak-kanak & gerai menjual makanan & minumam..tapi biasalah bila dah keluar bawak budak-budak tu, bukannya boleh beli apa pun..aku cuma sempat beli kebab & keropok lekor jer..x larat nak kejar Amanda..hmmm!







Gambar-gambar ni jerlah yang aku sempat snap..penat sangat-sangat dengan anak dara sorang ni..x larat nak kejar..kalau dibiarkan takut hilang pulak..dah la ramai sangat orang time tu..lebih kurang dalam kul 10 malam aku dah balik dah..

0 comments:

Post a Comment